GM’s Rating : 1 – 100% agree 2 – good 3 – not bad 4 – so so 5 – I don’t think so
Mastan, a Malay trader in Srilanka circa 18th century
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
jika ingin mengejar kemewahan mestilah bersedia berusaha untuk mencapainya
Rate: 2
Alur bertempuh, jalan berturut
melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan lazim
Rate: 4
A Malay in the fire-brigade uniform (seated) flanked by sons in jail-guard uniform in the 1920s.
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai
lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman dan bijaksana
Rate: 2
Belum duduk sudah berlunjur
belum memperolehi sesuatu yang dihajati sudah mula merasa gembira
Rate: 3
Berbuat di alang, belayar di luar musim
melakukan sesuatu bukan pada ketepatannya/waktunya
Rate: 2
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
berhati-hati apabila berkata-kata mengenai sesuatu atau seseorang
Rate: 2
Berfikir sebelum berkata, beruding sebelum dibuat
berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak
Rate: 1
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
sementara mendapat pekerjaan tetap, buatlah pekerjaan sambilan
Rate: 2
Berkaul pada keramat
meminta sesuatu/pertolongan hendaklah kena pada tempatnya
Rate: 1
Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian
berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke ketepian
Rate: 2
Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang
betulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum membetulkan kesalahan orang lain
Rate: 3
Bertanjak baharu tinjau
membuat kerja mengikut peraturan dan kebiasaan lazim
Rate: 3
Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukan dengan sehingga tamat/habis
Rate: 1
Biar alah sabung, asalkan menang sorak
kalah dalam perlawanan namun bercakap besar juga
Rate: 4
Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
Rate: 4
Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian
berfikir baik-baik supaya tidak menyesal
Rate: 2
Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil
biar kalah kepada orang yang gagah daripada kalah kepada orang yang lemah
Rate: 1
Biar genting, jangan putus
biar rugi sedikit, jangan rugi banyak
Rate: 3
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik dari dipecat
Rate: 2
Biar luka di dada, jangan luka di belakang
biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri
Rate: 1
Biar mati anak jangan mati adat
pegangan adat yang kuat lebih daripada sayangi anak tanpa batasan
Rate: 1
Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang
biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati di dalam kehinaan
Rate: 2
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti ‘tuma’
biar mati kerana amalan dan jasa daripada mati kerana membuat kejahatan
Rate: 1
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
pandai menyimpan rahsia
Rate: 3
Biar putih tulang jangan putih mata
sanggup mati daripada menyerah kalah
Rate: 2
Biar titik, jangan tumpah
biar rugi sedikit , jangan rugi banyak
Rate: 3
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat
sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihak yang terlibat bersedia untuk berunding
Rate: 3

Elite and cultured Malays in Sri Lanka early 1920s
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
selalu berhati-hati dalam membelanjakan/ menggunakan sesuatu
Rate: 3
Cicir dipungut, hilang dicari
jangan melakukan pembaziran
Rate: 2
Dalam berselam, cetek bertimba
sesuaikan sesuatu dengan keadaan
Rate: 1
Daripada bersahabat orang bebal, lebih baik berseteru orang yang berakal
bermusuh dengan orang yang pandai lebih elok daripada kawan dengan orang yang bodoh
Rate: 1
Daripada cempedak baiklah nangka
lebih baik ada daripada tiada langsung
Rate: 3
Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama baik
Rate: 1
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah
lebih baik mati daripada hidup menanggung malu dan kehinaan
Rate: 1
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang
pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu
Rate: 5
Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayangi semasa ia hidup,
jika budinya banyak, sesorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati.
Rate: 1
Elok lenggang di tempat datar
bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya
Rate: 1
Gading pada gajah yang sudah keluar bolehkah dimasukkan pula?
sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula
Rate: 3
Gar-gar kata gelegar, rasuk juga menahannya
jangan terlalu percaya akan kata-kata seseorang
Rate: 1
Habislah akal, baru tawakal
sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan untuk mendapat restu dan berkat
Rate: 2
Hempas tulang berisi perut
hidup akan senang jika rajin bekerja
Rate: 3
Hendak belajar berenang dapatkan itik,
hendak belajar memanjat dapatkan tupai
hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu
Rate: 2
Jangan berebutkan tembikar pecah
usah berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tiada gunanya
Rate: 3
Jangan bermain di air keruh
jangan ditiru perbuatan yang buruk
Rate: 1
Jangan dibangunkan kucing tidur
jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa
Rate: 1
Jangan dibiarkan sampai naik ke mata
sesuatu perkar ayang tidak baik jangan dibiarkan melampaui batas
Rate: 1
Jangan difikirkan bengkok tebu, bengkok pula manisnya
jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik
Rate: 1
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting
perbuatan yang tidak baik jangan dibiasakan
Rate: 2
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis
jangan menaikkan kemarahan pemerintah kerana kita yang akan menanggung padahnya
Rate: 5
Jangan lemparkan pancing tiada berumpan
sia-sia mengharapkan sesuatu yang tidak cukup syarat
Rate: 3
Jangan tercirit di periuk
jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang teduh/rezeki
Rate: 2
Jikalau menampi, jangan tumpah padinya
berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna
Rate: 3
Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan
pekara yang tidak dapat diselesaikan, jangan pula ditambahkan masalahnya
Rate: 3

Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
jangan lakukan apa-apa yang diluar kemampuan
Rate: 4
Kalau di bawah, melompat; kalau di bawah menyusup
pandai menyesuaikan diri dengan situasi
Rate: 3
Kalau sabut tebal, tempurung pun jadi kebal
hidup akan lebih senang jika kita ramai kawan
Rate: 4
Kusut di hujung balik ke pangkal
apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya
Rate: 1

Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan
jangan terpedaya dengan kata-kata manis dan jangan pula cepat menyanggah kata-kata kesat
Rate: 1
Lembu dogol jangan dibalun
jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana jika dia melawan berbahaya

Mamah dulu baru telan
mengambil sesuatu tindakan perlulah berhati-hati
Rate: 2
Mengais hendaklah berkuku
hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sebelum mencari pekerjaan
Rate: 1
Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang
mengambil teladan daripada pengalaman atau kejayaan seseorang
Rate: 2

Naik tangga dari bawah
kenalah bersusah-susah sebelum mengecapi sesuatu kejayaan
Rate: 1
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai
hidup akan lebih senang jika kita berjimat cermat dari segi kewangan
Rate: 3

Ombak yang kecil jangan ditidakkan
jangan mengabaikan perkara-perkara remeh-temeh
Rate: 2
Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang
jangan menghina kelemahan atau kekurangan orang kerana nasib diri sendiri belum lagi diketahui
Rate: 2
![]()
Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi
setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita
Rate: 1
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke tanah seberang
Tidak akan tercapai cita-cita seseorang jika malas berusaha
Rate: 1
Pipit itu pipit jugalah lawannya
sesuatu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya
Rate: 2
Pukul anjing tengok-tengok tuannya
berhati-hati sebelum melakukan sesuatu
Rate: 4

Sampah jangan ditendang disepak
Jangan memandang rendah kepada rakyat yang miskin
Rate: 3
Segan berkayuh perahu hanyut
Seorang yang malas berusaha akanmenghadapi kesusahan
Rate: 2
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Rate: 3
Sempit bertimpuh, lega berlunjur
menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan
Rate: 2
Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Rate: 3
Sudah calit, jangan dipalit
jangan membabitkan orang yang tidak berkenaan, jika kesalahan itu kita yang lakukan
Rate: 1
Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akar terhempas
sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan teliti supaya dapat dilakukan dengan selamat dan berkesan
Rate: 3

Tak dapat berjalan tegak, terngesot-ngesot pun sampai juga
jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, hendaklah disempurnakan beransur-ansur
Rate: 2
More on Bidalan link to Kiasan Melayu




.jpg)


Terima Kaseh kerana meningat kembali Malay Wisdom yang hampir pupus sudah. Orang Melayu sungguh kaya dengan wisdom yang di persembahkan dengan inovasi dan differensiasi yang amat cantek sekali.
Keep up the good work.