ڤد زمان دهولو، ترداڤتله سبواه نڬري ايندراكيڠن يڠ برنام نڬري منتايو سريبو باتو. نڬري منتايو يڠ ترلتق د ڬوڬوسن كڤولاوان ريياو-ليڠڬ ترلالو ڤريك ساله كراجأنڽ; ڤد سڬالا-ڬالا راج د ريياو-ليڠڬ ڤون تياد مڽاما اكن كراجأن نڬري ترسبوت.
PROLOG
Negeri Mentayu itu bukanlah sebuah negeri kepulauan seperti negeri-negeri jirannya yang lain, akan tetapi adalah merupakan sebuah tanah semenanjung. Negeri Mentayu itu berbentuk membujur tegak seakan sebiji buah mempelam Siam yang tergantung pada sebatang tangkai yang halus nan panjang. Tanah negeri Mentayu bersempadankan laut-laut di sekelilingnya kecuali pada sebahagian kecil tanah di sebelah utara. Di bahagian penghujung tanah utara Mentayu terdapatnya satu tanah gentian seakan satu jambatan panjang yang menyambungkan negeri Mentayu melalui daratan dengan negeri-negeri di utara yang di bawah pengaruh Kerajaan Besar Chula Long Korn.
Di sebelah selatan pula, terdapat beberapa buah kepulauan kecil yang sebilangannya mempunyai kerajaannya sendiri, dan yang sebilangannya lagi adalah di bawah jajahan sebuah lagi Kerajaan besar yang terletak di Kepulauan Maruda (sebuah kepulauan yang besar di Selatan gugusan Riyau-Lingga). Sementara itu di kedua-dua belah timur dan barat negeri Mentayu itu pula di kelilingi oleh kepulauan-kepulauan kecil dan sederhana kecilnya. Kepulauan-kepulauan di negeri timur dan barat Mentayu itu juga kebanyakan berkerajaan sendiri dan selebihnya pula adalah di bawah jajahan Kerajaan Mentayu itu sendiri.
Negeri Mentayu yang terletak di tengah-tengah gugusan kepulauan Riyau-Lingga itu sememangnya mempunyai kedudukan yang sesuai bagi pusat perdagangan di antara negeri-negeri di atas angin (paling utara) dan juga di bawah angin (negeri-negeri dari Selatan). Pelabuhan utamanya di selatan tanahair adalah pelabuhan yang terunggul dan yang terbesar di antara pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di negeri-negeri di kepulauan Riyau-Lingga itu. Oleh kerana perdagangan dan pertukaran hasil-hasil negeri di situ, maka tidak hairanlah kalau negeri Mentayu itu di panggil dengan gelaran ‘Tanah Bertuah’.
Di bawah pemerintahan Tuanku Raja Mentayu yang ke-Tigabelas, Negeri Mentayu telah mencapai keamanan dan kemakmuran sehingga ia telah menjadi sebuah negeri yang terkenal dan disenangi. Ancaman-ancaman peperangan dan penaklukkan dari kerajaan besar Chula Long Korn dan juga kerajaan besar Kepulauan Maruda kini semakin reda. Ini adalah kerana sifat Tuanku Raja Mentayu itu sendiri yang bijaksana dan senantiasa berusaha berbaik-baik dengan kuasa-kuasa besar sehinggakan Kerajaan Mentayu kini sudah mempunyai wakil negerinya di negara-negara berdua tersebut.
Sememangnya rakyat di negeri Mentayu ini rajin dan tekun berusaha. Dan sememangnya Tuanku Raja Mentayu dan pembesar-pembesar negeri itu amat prihatin dan senantiasa memikirkan kepentingan dan kemakmuran rakyat jelata. Maka Tuanku Raja Mentayu pun kerajaanlah terlalu adil dan periksanya akan segala rakyatnya. Oleh kerana itu bertambah ramailah bilangan rakyat negeri Mentayu yang bukan sahaja timbul dari hasil semulajadi, tetapi juga dari penghijrahan penduduk-penduduk asing yang datang menghambakan diri di bawah naungan Dirgahayu Tuanku Raja Mentayu yang maha adil dan periksa. Maka segala orang negeri yang tiada beraja pun pergilah ke sana, menghambakan diri dan bermohon agar tanah mereka dirajakan Raja Mentayu. Maka Negeri Mentayu itu sedikit demi sedikit kini sudah menjadi sebuah negeri yang besarlah, banyak dagang senteri pergi datang berniaga pada negeri itu.
Filed under: PSS



Salam, peacebuy.
Artikel yg sesungguhnya menarik dan mengembalikan nostalgia yg amat ‘mengharukan’…
Terima kasih,
Maaf jika terdapat bahasa klasik yang kurang sempurna...hamba ini budak baru belajar…
Nice story…Hidupkan budaya Melayu sejajar dengan perkembangan teknologi…Warisan lama memupuk kasih bangsa dan agama…
Izinkan hamba membuat pautan blog tuanhamba kedalam blog hamba ya..
Kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan…
Begitulah hendaknya…
Jangan lupa rang rantau dari malaysia datang ke kampuang mensukseskan tour de singkarak
No prob bro, kita link sama kamu okay? see travel category…